Tuesday, March 17, 2015

Ikan DIscus Mati

Assalamualaikum,

Sedihnya bila ikan yang dibela mati...Hmmm..Whyyyyyyyyy....Rumit sungguh penjagaan ikan Discus ni....


Disebabkan minat yang menggila aku tak putus asa beli lagi tapi sebelum beli buat research lagi pasal ikan Discus ni...Opssss salah aku jugak...Yela nak salahkan sape lagi kalau bukan aku yang menjaganya...Hmm belajar dari kesilapan....

PELAJARAN PERTAMA
Ok jangan sesekali masukkan air paip yang belum diletakkan anti- klorin terus ke dalam akuarium yang terdapat ikan Discus didalamnya....Walaupun masukkan air baru masa tukar air sambil2x letak anti klorin pun tak boleh....Ikan ni sangat sensative umpama daun semalu....Air paip kena letak anti klorin lepas tu dikacau bagi sebati tunggu dalam seminit baru boleh masukkan ke dalam akuarium...Dah macam main masak2x...Ciss..Ikan2x yang lain selain Discus steady jer bila aku buat macam tu tapi Discus..!!!

Ohhhhh begituuuu....Disebabkan jahil pasal discus ni dah 3 ekor mati....Masa tu aku pulak yang stress tengok kelakuan ikan Discus tu tetibe macam aggressive...Berenang langgar2x benda pastu nampak sangat tertekan....Bila tengok macam aku pulak yang susah nak bernafas....

Pastu aku dinasihatkan oleh penjual ikan supaya menggunakan Anti Klorin jenama lain bukan yg biasa2x harga RM1.20 tu...Tension Gon jenamanya...Perghhh mahal kot 20 kali ganda harganya yakni RM20 untuk 500ml...Orang kedai tanya bela ikan apa...

Tokey : Dik bela ikan apa...
AKu : Ikan Discus bang..
Tokey : Ehhh nape guna anti klorin ni...Bela ikan mahal2x nanti mati jer..
Aku : Haaaaa???
Tokey : Saya sendiri pun guna Tension Gon untuk ikan Discus ni...
Aku : What the fish ( dalam hati ) Ni berapa harganya pulak...
Tokey : Rm12 untuk 180ml...
Aku : @$#*^&!!! ( Dalam hati ) Boleh la sya try... :)




Disebabkan sayang dan tak sanggup lagi kehilangan aku pun mula menggunakannya...Bagus jugak la ada vitamin sekali dalam Tension Gon ni....Vitamin B sebagai anti-Stress....Tapi nasib la jumpa produk ni kat kedai yang lain dengan harga yg murah sikit...


PELAJARAN KEDUA

Satu lagi yang aku belajar masa beli ikan ni kena tengok betul2x ambil masa sikit....Gunakan hak memilih ikan ni...Dah la ikan ni mahal mesti tak nak salah pilih kan.....Cara2xnya lihat :


  1. Pilih saiz ikan 2 inci dan ke atas lebih besar lebih bagus sebab ikan yang besar lebih tahan berbanding yang kecil kerana mereka telah banyak menempuh dugaan sepanjang pembesaran ikan tu..
  2. Pastikan ikan nampak cergas dengan melihat sirip atas dan bawah sentiasa kembang....Jangan pilih ikan yang siripnya kuncup..Sirip yang sentiasa kembang melambangkan kesihatan ikan Discus ni.
  3. Discus yang mengasingkan dirinya dari ikan Discus yang lain mungkin berpenyakit.
  4. Pastikan tiada kecacatan badan dan bentuk badan yang lebih membulat lebih baik....Jangan pilih ikan yg nampak kurus selalunya mengandungi parasit cacing dalam badan dia.
  5.  Yang terakhir baru pilih mengikut rasa berkenan dihati bak memilih pasangan kekasih gitu...Bila kita pilih yang kita suka kita akan lebih sayang katanyaa...! 
Harga ikan ni boleh tahan mahal puluh2x ringgit sampai ratus2x pun ada mengikut kualiti dan jenis..

Geram sebab nak beli ikan ni pun susah sebab kebanyakan kedai ikan tak da ikan ni mungkin sebab penjagaan dia yg agak rumit tidak mendapat sambutan ramai....Hanya orang yang hardcore je cari ikan ni...Ahakss...

Kalau beginner nak bela ikan ni dinasihatkan jangan....Orang malas dan busy pun dinasihatkan menjauhi ikan ni sebab ikan ni memerlukan air yang sentiasa bersih...Belum lagi cakap pasal makanan dia dan lain2x...Perghh suka punya pasal....

Banyak lagi aku kena belajar cara2x nak menjaga ikan Discus ni....To be CONTINUED!!!!

3 comments:

  1. Tertarik baca entry ni kerana tajuknya..
    Saya teringin nak bela tapi tak juga beli sebab mahal. Ada satu masa tu saya beli aquarium 2nd dalam mudah.. dia hantar sampai rumah, tengok2 dia bagi sekor discus. Dia give up bela discus sebab katanya asyik mati je. sebab tu dia jual aqua dia tu.. bagi sekali dgn ikan. Masa tu tak terase nak bela sebab aqua tu beli nak isi ikan lain.. jadi dah ade dan dapat free pula, bela je la.. sekarang dah setahun bela. Setakat ni ok saja ikan.. cuma baru ni diserang tompok putih. Apa lagi ubat dia hanya tukar air.. isi tension gon.. hehe.. sy pun pakai sbb byk guna dia selain anti klorin.. dah setahun bela, dia duk sekor je, skrg rasa nak cari pasangan dia pula.. hehe..
    yang tuan punya entry ni macamana? ikan still ok? good luck ye.. (mane2 ikan pun kalau bela dalam aquarium, pastikan isi anti klorin dulu atau campur dulu baru isi.. )

    ReplyDelete
  2. Bagus tip dari abang ni..tak rugi baca...ilmu yang sangat berguna..tq sebab kongsi pengalaman n tip yang betul..

    ReplyDelete
  3. masih bela ikan discus lagi boss? maaf beginner nk bertanya

    ReplyDelete